Hak Cipta Terpelihara © 2017 Ir Sukhairul Nizam





No part of this blog should be used for commercial purpose. Any party may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited to irsukhairulnizam.blogspot.com thanks, layari laman irsukhairul.com untuk latihan dan pembangunan diri















Thursday, April 15, 2010

Anugerah sijil yang pernah kuperolehi sebagai rujukan untuk puteraku dan sesiapa sahaja yang ingin berjaya di bidang yang telah kuceburi ini


















Salam.
Sesungguhnya ilmu pengetahuan amat penting dalam memastikan hidup kita berjaya di dunia dan di akhirat. Memang tidak dinafikan bahawa usaha yang gigih dan dengan berkat doa dari semua terutama dari keluarga kita pasti akan berjaya. Tapi, sebelum kita berjaya kita hendaklah sedar yang orang di sekeliling kita amat penting dalam memastikan kita dapat kecapi apa yang kita inginkan. Terima kasih kepada kakak-kakakku terutama Kak Maria yang telah banyak berkorban dalam memastikan diriku dapat segulung ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal (aeronautikal) dari UTM. Tanpa pengorbanan atau jasa beliau mungkin saya takkan dapat kerjaya yang menarik ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri saya Azwien dan anak saya Danial dan Danish yang sama-sama mengharungi pahit getir kehidupan ketika saya melanjutkan pengajian ke tahap Master in Business Administration (Charles Sturt University Australia). Dengan berkat kesabaran dan ketekunnan, saya berjaya mendapat segulung Master yang sedikit sebanyak dapat membantu diri saya menghadapi cabaran yang lebih hebat terutamanya dalam dunia korporat. InsyaALLAH, semoga PHD yang saya sedang ambil sekarang ini juga akan membuahkan hasil dan diharap saudara-saudari dapat membantu saya mencapai apa yang diidamkan agar satu hari nanti dengan ilmu yang saya dapat saya dapat berbakti kepada bangsa, negara dan agama. InsyaALLAH...Amin..

copyright@irsukhai2010

No comments:

Post a Comment