Copyright © hakcipta terpelihara

No part of this blog should be used for commercial purpose. Any party may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited to irsukhairulnizam.blogspot.com thanks, sukhairul.







Tuesday, April 20, 2010

Hendak duit cepat dengan guna Maybank Account ATM machine

Dunia ini penuh dengan cubaan dan dugaan.

Hari Ahad baru ini, saya telah mendapat satu SMS dari nombor telefon 017-8944857 yang tertulis:
"TAHNIAH" SimCard Your t'lah Berjaya memenangi Cbtn BERTUAH RM17.000.00,- dr "POWER ROOT" SDN-BHD. Seri: F2547c. Sila Call Office: 017-8948518.
Baru sebentar saya membuat panggilan ke telefon 017-8948518. Panggilan itu dijawab oleh satu suara dalam bahasa Indonesia tapi macam bunyi bergaung atau rakaman. Syarat sekiranya saya hendak dapat duit RM17K adalah dengan memberi nombor account Maybank tapi dengan syarat ada kad ATM machine. Bank-bank lain tidak boleh tapi hanya Maybank sahaja. Tapi, bila saya kata yang saya ada bank lain beliau tidak menerimanya dan menyuruh saya mencari ahli keluarga lain yang ada nombor kad Maybank serta ATM card. Dan, sekiranya ada, boleh talifon dia balik dan duit RM17K dapat saya miliki.
Apa pandangan anda dalam hal ini? Perlukah saya beri nombor kad Maybank saya? Apa tindakan saya atau anda jika terjadi perkara ini pada diri anda sendiri.

copyright@irsukhai2010

No comments:

Post a Comment