Copyright © hakcipta terpelihara

No part of this blog should be used for commercial purpose. Any party may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited to irsukhairulnizam.blogspot.com thanks, sukhairul.







Wednesday, April 21, 2010

Johan Perbahasan Daerah Klang 25 tahun yang lalu































Salam.
Salah satu minat saya dahulu adalah bersyarah atau berbahas. Ketika sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan Klang) saya pernah menang pertandingan syarahan sekolah. Di dalam gambar ini, saya dilantik menjadi ketua pasukan sekolah (ACS Klang) dalam pertandingan perbahasan daerah Klang dan telah berjaya menjadi johan perbahasan daerah Klang menewaskan sekolah-sekolah di daerah Klang termasuk Kolej Islam Klang, Methodist Girl School, Convent, Dato Hamzah, Raja Lumu, Hishamudin, Raja Zarina, dll. Suresh telah menjadi pembahas terbaik dan sekarang ini beliau menjadi peguam di Klang. Siapa nak perkhidmatan guaman boleh bagitahu saya. Nanti saya beritahu Suresh..
Apakah kelebihan yang saya perolehi bila saya menceburi aktiviti ini?
1) Membina keyakinan diri supaya dapat bercakap di khalayak ramai dengan memberi hujah-hujah yang bernas dan munasabah secara spontan.
2) Memupuk minat rajin membaca kerana topik-topik yang diutarakan perlu ilmu pengetahuan yang tinggi seperti ilmu politik, ekonomi, sosial dan teknologi (PEST).
3) Mengajar saya menghafal setiap topik yang saya karang sendiri.
4) Mengajar saya membuat persembahan yang terbaik terutama dalam intonasi suara dan gerak badan.
5) Memupuk semangat sentiasa boleh walaupun ianya tampak sukar.
6) Memupuk semangat tolong menolong antara rakan-rakan walaupun berlainan bangsa, agama atau budaya.
7) Memupuk semangat cintakan sekolah dan berjuang untuk kemenangan sekolah tercinta.
8) Mengumpul ramai kawan bila bertanding di mana-mana.
9) Memperbaiki prestasi Bahasa Malaysia saya dan Bahasa Inggeris terutamanya dalam pembuatan karangan yang menarik.

copyright © irsukhai2010

No comments:

Post a Comment