Beginilah keadaannya setiap bulan saya dan rakan-rakan PHD lain akan bertemu kembali bersama Prof Ghazali (Cordinator PHD OUM) menilai atau berkongsi maklumat atau masalah yang kami hadapi di dalam pengajian kami. PHD bukanlah macam kita belajar di tahap Ijazah Sarjana atau Master tetapi PHD memerlukan setiap pelajar berfikiran luas dalam mencipta idea-idea atau penemuan terbaru yang kelak dapat disumbangkan kepada masyarakat.
Rakan-rakan saya bukanlah muda-muda lagi dan kebanyakkannya berusia melebihi 50 tahun dan ada di antara mereka yang sudah mencecah 65 tahun.
Semalam, aktiviti bermula dengan kata-kata aluan atau amanat dari Prof Ghazali dan kemudian sessi diteruskan dengan pembentangan topik dari Mr Richard Ng yang hadir bersama penyelianya iaitu Prof Dr Karl Wagner. Tajuk yang dibentangkan amat menarik iaitu "Online community and it's impact on e-learning commitment to stay in their programmes". Sessi ini dapat membantu para pelajar membentangkan topik serta mendapat maklum balas dari Prof yang hadir iaitu Prof Dr Junaidah dari UIAM.
Selepas sessi soal jawab ke atas Mr Richard, sessi diteruskan dengan seminar yang bertajuk Technical Writting dari Prof Dr Junaidah. Banyak ilmu yang kami dapat dari perjumpaan ini. Kami akan bertemu kembali bulan hadapan. Sekian, terima kasih.
Kepada teman-teman PHD saya yang inginkan video ataupun rakaman suara untuk sessi ini boleh hubungi saya di email nizwien@gmail.com.
copyright © irsukhai2010
No comments:
Post a Comment