Hak Cipta Terpelihara © 2017 Ir Sukhairul Nizam





No part of this blog should be used for commercial purpose. Any party may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited to irsukhairulnizam.blogspot.com thanks, layari laman irsukhairul.com untuk latihan dan pembangunan diri















Thursday, April 15, 2010

Hapsah's birthday boys (Tahniah kepada Bang Hiras dan Filus) 27 March 2010







27 March 2010 yang lalu, abang ipar saya (Hiras) dulunya pernah jadi juara pertandingan kugiran RTM telah menyambut hari lahirnya bersama cucunya yang juga lahir pada bulan tersebut. Saya sekeluarga mengucapkan selamat hari lahir dan semoga panjang umur dan murah rezeki. Terkenang dahulu masa saya kecil ketika bersekolah rendah, saya selalu menghabiskan cuti sekolah di rumah beliau. Seronok kerana bebas hidup cara kampung. Dapat main layang-layang, main goli, main gasing, tangkap ikan pelaga, bakar lalang, main police entry, main nyorok-nyorok, main roundess, main masak-masak dan berbagai lagi. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Pesah dan Bang Hiras sekeluarga di atas jasa baiknya membesarkan saya dan pernah kerap kali memberi saya penawar ketika saya sakit masa kecil dulu........Masakan paling best yang Kak Pesah masak adalah masak lemak cili api, masak loudei terutama ketika hari raya dan masak bubur kacang....Semoga ALLAH membalas jasa Bang Hiras dan Kak Pesah sekeluarga dan semoga masuk syurga. InsyaALLAH... Amin

copyright@irsukhai2010

No comments:

Post a Comment