Salam.
Di dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini, ibu bapa hendaklah tidak lupa untuk memastikan anak-anak mereka dipelihara dengan betul agar kelak anak-anak mereka akan berjaya di dunia dan di akhirat. Sejak anak berumur 4 tahun lagi, ibu bapa telah menyerahkan anak-anak mereka ke tadika dan seterusnya ke sekolah dan mengharapkan duit yang mereka laburkan itu dapat juga meningkatkan mutu pengetahuan anak-anak. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan agar guru-guru dapat sedikit sebanyak mendidik anak kita agar dapat lulus cemerlang di dalam peperiksaan sekolah atau kerajaan. Tapi, sedarkah kita apa yang kita buat itu pasti dapat membuahkan hasil pada insan yang tersayang? Walaupun bagus guru kelas tiusyen atau kelas sekolah tapi tanpa pengawasan ibu bapa pasti anak-anak kita tidak akan berjaya. Danial juga menghadapi situasi yang sama kerana papa dan mamanya juga amat sibuk dan kerap kali terlepas pandang.
Maka, topik yang seterusnya adalah memastikan Danial dan Danish berjaya di dalam UPSR nanti. Bagaimana ya? Salah satu "key indicator" atau teras pengukuran adalah dengan melihat buku laporan sekolah atau ujiannya. Kemudian, dibandingkan pula dengan aktiviti ko-korikulum lain seperti TaeKwonDo, swimming, pengakap, sekolah agama dan lain-lain. Sekiranya ada berlaku ketidakseimbangan tersebut, langkah-langkah pemantauan akan dijalankan dan tindakan susulan akan diambil. Ikutilah kisah selanjutnya di dalam blog ini. (Disertakan contoh buku laporan sekolah yang kadang-kadang ibu bapa hanya sempat memberi tandatangan tanpa usul periksa. Tambahan pula, ketika ini sekolah Danial dan Danish tidak lagi memanggil ibu bapa datang ke sekolah untuk hari kad laporan. Kenapa ya?)
copyright © irsukhai2010
copyright © irsukhai2010
No comments:
Post a Comment