Thursday, April 15, 2010
Sambutan hari lahir untuk bapa mertuaku Halid @ Khalid pada 14 April 2010 yang berusia 71 tahun
Malam tadi, sempat kami sekeluarga menyambut hari lahir bapa mertuaku yang ke 71 tahun. Makan di Kenny Roger Jusco Bukit Tinggi.....Seronok dan gembira bersama keluarga. Kita hendaklah sentiasa menghormati orang-orang yang telah banyak berjasa kepada kita terutama orang yang melahirkan kita ke dunia ini. Semoga, generasi akan datang akan sentiasa menghormati kedua ibu-bapa mereka kerana tanpa mereka mungkin kita tidak akan berada di tahap sekarang. Kenangkan ketika kita kecil bagaimana mereka susah membesarkan kita, memberi kita pakaian, makanan dan minuman serta menurut setiap kehendak kita hinggalah kita besar......Ketika kita sakit atau kecewa merekalah tempat kita menaruh harapan....Terima kasih ayah dan ibu......Selamat Hari Lahir dan semoga panjang umur serta murah rezeki. Semoga ayah dan ibu kelak masuk ke dalam syurga yang abadi...Amin...
copyright@irsukhai2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment