Salam.
Ini adalah salah satu gambar masa saya di Sekolah Rendah Kebangsaan Klang ketika darjah 6. Cikgu bernama Cikgu Sultan. Cikgu Sultan suka bagi kami coklat. Masa ini saya jadi pengawas sekolah. Kawan saya yang saya masih ingat dalam gambar ini adalah Azmi, Zulhisham, Azlina dan Rohana. Yang lain saya sudah lupa. Semoga mereka semua sihat dan hidup dalam aman bahagia bersama keluarga tercinta.
Kenangan indah yang masih saya ingat adalah ketika mendapat keputusan Penilaian darjah 5 di mana orang lain dapat 5A atau 4A1B tapi saya dapat 4B1A. Ramai kawan-kawan saya yang berjaya telah memohon untuk masuk ke sekolah asrama dan saya juga begitu. Saya masih ingat saya pernah ambil borang sekolah asrama kawan saya yang tidak boleh pakai lagi lalu saya padamkan maklumat dirinya dengan "liquid paper". Disebabkan saya bukanlah anak datuk atau anak orang kenamaan, saya tidak dapat pertolongan dari mana-mana pihak dan pemohonan saya itu telah ditolak. Walau bagaimanapun, saya tetap bersyukur pada Allah kerana walaupun tidak masuk sekolah berasrama penuh, sekarang saya telah diterima belajar di pusat pengajian tinggi untuk mendapat sijil kedoktoran saya. Terima kasih kepada kakak-kakak saya yang telah membesarkan saya dan tidak lupa juga pada guru-guru dan rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya meneruskan perjuangan mencari ilmu Allah ini. Kepada bekas-bekas kawan saya, jointlah blog atau facebook saya agar sedikit sebanyak saya dapat membantu kawan-kawan sekalian dalam meneruskan kehidupan yang sementara ini. Terima kasih.
copyright © irsukhai2010
No comments:
Post a Comment