Hak Cipta Terpelihara © 2017 Ir Sukhairul Nizam





No part of this blog should be used for commercial purpose. Any party may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited to irsukhairulnizam.blogspot.com thanks, layari laman irsukhairul.com untuk latihan dan pembangunan diri















Saturday, April 24, 2010

Demonstrasi Tae Kwon Do pertama buat Danial hari ini 24 April 2010 untuk sukan sekolah rendah ACS Klang


http://www.youtube.com/watch?v=rPepa8v9A7w
saksikan video ini...
Salam.
Sementara menunggu keputusan ujian black belt "poom", Danial akan menyertai berbagai aktiviti menarik kelab Tae Kwon Do WTF. Pagi tadi, Danial dan rakan-rakan telah mengadakan demonstrasi di hadapan ibu bapa dan murid-murid di hari sukan sekolah rendah ACS Klang bertempat di Padang Sultan Sulaiman Klang. Ini adalah aktiviti luaran Tae Kwon Do Danial yang pertama. Apakah yang telah dan bakal Danial dan rakan-rakan dapat bila menyertai Tae Kwon Do?

1) Dapat mempelajari budaya Korea - kebanyakkan syarikat gergasi ternama seperti Hyundai, Kia, Samsung datang dari negara Korea.
2) Membina disiplin diri.
3) Membina keyakinan diri untuk sentiasa boleh.
4) Berlatih untuk sumber kesihatan diri.
5) Sebagai satu seni mempertahankan diri.
6) Sebagai satu aktiviti ko-korikulum sekolah dan juga Universiti pada masa hadapan.
7) Sebagai satu aktiviti yang mendorong prestasi pelajaran.
8) Dapat ramai kawan dan bakal "customers".
9) Dapat membantu orang susah.

Hendak sertai Tae Kwon Do macam Danial? Hubungi 012-2515093 atau email ke nizwien@gmail.com untuk keterangan atau nasihat lanjut..Sekian terima kasih.

copyright © irsukhai2010

Friday, April 23, 2010

Sumbangan saya kepada masyarakat dalam menaikkan mutu pendidikan negara








Salam.
Saya menerima jemputan terbaru dari Universiti Malaysia Pahang dan dikhabarkan jurucakap dari Germany, USA dan Taiwan akan hadir ke forum ini. Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia akan hadir merasmikan forum ini. Ucapan utama akan diberikan oleh Y.B Senator Dato' Sri Idris Jala. InsyaALLAH, jika ada kelapangan saya akan ke sana untuk sedikit sebanyak mengetahui atau memberi sumbangan agar mutu pendidikan negara bertambah baik. Sekian, terima kasih.
copyright © irsukhai2010

Danial dengan dunia Tae Kwon Do - bekas penuntut Tae Kwon Do Sekolah Rendah Bukit Tinggi Klang





















Salam.
Rencana ini dipetik dari akhbar tempatan tentang aktiviti Tae Kwon Do di Sekolah Bukit Tinggi Klang di mana Danial ketika itu berusia 7 tahun atau dalam darjah satu. Sebelum Danial belajar Tae Kwon Do di ACS Klang, banyak tempat belajar Tae Kwon Do yang pernah beliau pergi seperti Sekolah Dato Hamzah, Sekolah Rendah Taman Andalas Klang, Sekolah Bukit Tinggi Klang dan sekarang di ACS Klang. Danial mula memasuki Tae Kwon Do ketika berusia 4 tahun. Sekarang Danial menuntut dengan bekas sifu papanya iaitu Master Fong Wing Mon 7th Dan black belt bersama dua orang anaknya yang bertali-pinggang hitam. Ikuti kisah Danial dan Danish di dunia Tae Kwon Do di episod akan datang. Terima kasih.

copyright © irsukhai2010

Wednesday, April 21, 2010

Johan Perbahasan Daerah Klang 25 tahun yang lalu































Salam.
Salah satu minat saya dahulu adalah bersyarah atau berbahas. Ketika sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan Klang) saya pernah menang pertandingan syarahan sekolah. Di dalam gambar ini, saya dilantik menjadi ketua pasukan sekolah (ACS Klang) dalam pertandingan perbahasan daerah Klang dan telah berjaya menjadi johan perbahasan daerah Klang menewaskan sekolah-sekolah di daerah Klang termasuk Kolej Islam Klang, Methodist Girl School, Convent, Dato Hamzah, Raja Lumu, Hishamudin, Raja Zarina, dll. Suresh telah menjadi pembahas terbaik dan sekarang ini beliau menjadi peguam di Klang. Siapa nak perkhidmatan guaman boleh bagitahu saya. Nanti saya beritahu Suresh..
Apakah kelebihan yang saya perolehi bila saya menceburi aktiviti ini?
1) Membina keyakinan diri supaya dapat bercakap di khalayak ramai dengan memberi hujah-hujah yang bernas dan munasabah secara spontan.
2) Memupuk minat rajin membaca kerana topik-topik yang diutarakan perlu ilmu pengetahuan yang tinggi seperti ilmu politik, ekonomi, sosial dan teknologi (PEST).
3) Mengajar saya menghafal setiap topik yang saya karang sendiri.
4) Mengajar saya membuat persembahan yang terbaik terutama dalam intonasi suara dan gerak badan.
5) Memupuk semangat sentiasa boleh walaupun ianya tampak sukar.
6) Memupuk semangat tolong menolong antara rakan-rakan walaupun berlainan bangsa, agama atau budaya.
7) Memupuk semangat cintakan sekolah dan berjuang untuk kemenangan sekolah tercinta.
8) Mengumpul ramai kawan bila bertanding di mana-mana.
9) Memperbaiki prestasi Bahasa Malaysia saya dan Bahasa Inggeris terutamanya dalam pembuatan karangan yang menarik.

copyright © irsukhai2010

Tuesday, April 20, 2010

My opinion regard to auto policy during my years as car salesman when I was interviewed with media

Attracted from http://groups.yahoo.com/group/anseri/message/20387


New auto policy fails to convince: analysts
Author : Rahmat Zukuan Rahman; Nov 7, 2005. 1.21am

KUALA LUMPUR, Oct 30 - New automotive policy has failed to convince doubters who say the government must do more if it wants to attract investors and snatch Thailand's mantle as the "Detroit of Southeast Asia".The highly anticipated blueprint unveiled earlier this month sets out the government's strategy to enhance the competitiveness of national carmakers Proton and Perodua, and become a regional auto manufacturing and assembly hub.But analysts say the framework will not inspire foreign carmakers to invest here instead of neighbouring Thailand, and that they are keenly awaiting the fulldetails of the policy due to be unveiled within three months.The impact on the national Proton car, the pet project of former leader Mahathir Mohamad which some say is in terminal decline with falling market share andpersistent complaints about quality, remains unclear.Observers say if the auto policy really does create a level playing field, the heavily protected Proton will be disadvantaged, but despite losing an excise rebate it could end up being cushioned by a grants system skewed in its favour."Absolutely, Malaysia has to create a level playing field. No one will invest inMalaysia with one hand tied behind them," said John Bonnell, director of Automotive Resources Asia, a Bangkok-based automotive consulting firm."Right now it is not perfectly clear what the incentives are... The devil is inthe details and how it will be implemented."Bonnell said investors want clarity on issues like the size of tax cuts they are eligible for, what grants are available for research and development programs and whether there will be rebates on investment in machinery.But although the policy is a case of too little, too late, he said it would nonetheless make auto players "stop and look" at what Malaysia has to offer."The auto plan will not make investors rush into Malaysia but it will allow Malaysia to be taken into consideration. In Thailand, these details are transparent and are carried out as detailed," he told AFP.Total investment in Malaysia's automotive sector plunged 66.7 percent to 1.1billion ringgit (290 million dollars) in 2004, a decline blamed on the lack of an auto policy and fears Proton will continue to be shielded from competition.AmSecurities economist Suhaimi Saidi said Malaysia must end its costly protection of the domestic auto industry which has been cosseted by high tariffs on imported cars that are slowly being cut under a regional free trade pact."That obsession has to stop. They also need to make the incentives attractive and transparent to investors, failing which they will give Malaysia a miss," he said.An auto analyst with a local brokerage said Malaysia has to come up with the details of the auto policy quickly or continue losing out to Thailand, which has no difficulties luring foreign auto and parts manufacturers."Proton has been stripped of the 50 percent excise rebate. But government grants(could) replace the tax privileges," she said."Also the tax cuts announced in the plan of between two to three percent in some passenger cars will not have much impact on car prices and industry players have said that they will need to offset reductions in taxes."There are loud calls for Proton to quickly find a foreign partner to improve its reputation, enhance its ability to produce new models, and help secure new foreign markets which are vital to lifting production.Proton has been in protracted talks with Germany's Volkswagen over the sale of an equity stake, but the Malaysian car maker is believed to be reluctant to relinquish control.

Sukhairul Nizam Abdul Razak, a branch manager with Proton's marketing arm, said it had to improve customer service, produce fuel-efficient models and increase exports to create economics of scale."The message in the auto policy for Proton is very clear: Proton do your work,"he said.Proton had pinned its hopes on the 1.2 litre Savvy, its first new model in 16months which went on sale in June, but it has been shunned in favour of the MyVi produced by its more skillful Malaysian competitor Perodua.Sukhairul said Savvy had only obtained some 6,000 bookings compared to about 50,000 units for the Myvi."We came out with our Savvy model late. It is a good car but Myvi was first and they became successful," he said.Proton has also been rudderless since July when its chief executive left under a cloud after eight years in the top job, and Sukhairul said he fervently hoped they would quickly find a capable person to fill the post."I pray Proton will get a good CEO to drive us forward. I hope Proton can be like Toyota one day," he said. - AFP/mks.

Apa pandangan anda terhadap artikel ini?

copyright © irsukhai2010

Persiapan untuk UPSR ........dan tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan anak-anak berjaya

































Salam.

Di dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini, ibu bapa hendaklah tidak lupa untuk memastikan anak-anak mereka dipelihara dengan betul agar kelak anak-anak mereka akan berjaya di dunia dan di akhirat. Sejak anak berumur 4 tahun lagi, ibu bapa telah menyerahkan anak-anak mereka ke tadika dan seterusnya ke sekolah dan mengharapkan duit yang mereka laburkan itu dapat juga meningkatkan mutu pengetahuan anak-anak. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan agar guru-guru dapat sedikit sebanyak mendidik anak kita agar dapat lulus cemerlang di dalam peperiksaan sekolah atau kerajaan. Tapi, sedarkah kita apa yang kita buat itu pasti dapat membuahkan hasil pada insan yang tersayang? Walaupun bagus guru kelas tiusyen atau kelas sekolah tapi tanpa pengawasan ibu bapa pasti anak-anak kita tidak akan berjaya. Danial juga menghadapi situasi yang sama kerana papa dan mamanya juga amat sibuk dan kerap kali terlepas pandang.


Maka, topik yang seterusnya adalah memastikan Danial dan Danish berjaya di dalam UPSR nanti. Bagaimana ya? Salah satu "key indicator" atau teras pengukuran adalah dengan melihat buku laporan sekolah atau ujiannya. Kemudian, dibandingkan pula dengan aktiviti ko-korikulum lain seperti TaeKwonDo, swimming, pengakap, sekolah agama dan lain-lain. Sekiranya ada berlaku ketidakseimbangan tersebut, langkah-langkah pemantauan akan dijalankan dan tindakan susulan akan diambil. Ikutilah kisah selanjutnya di dalam blog ini. (Disertakan contoh buku laporan sekolah yang kadang-kadang ibu bapa hanya sempat memberi tandatangan tanpa usul periksa. Tambahan pula, ketika ini sekolah Danial dan Danish tidak lagi memanggil ibu bapa datang ke sekolah untuk hari kad laporan. Kenapa ya?)

copyright © irsukhai2010

Hendak duit cepat dengan guna Maybank Account ATM machine

Dunia ini penuh dengan cubaan dan dugaan.

Hari Ahad baru ini, saya telah mendapat satu SMS dari nombor telefon 017-8944857 yang tertulis:
"TAHNIAH" SimCard Your t'lah Berjaya memenangi Cbtn BERTUAH RM17.000.00,- dr "POWER ROOT" SDN-BHD. Seri: F2547c. Sila Call Office: 017-8948518.
Baru sebentar saya membuat panggilan ke telefon 017-8948518. Panggilan itu dijawab oleh satu suara dalam bahasa Indonesia tapi macam bunyi bergaung atau rakaman. Syarat sekiranya saya hendak dapat duit RM17K adalah dengan memberi nombor account Maybank tapi dengan syarat ada kad ATM machine. Bank-bank lain tidak boleh tapi hanya Maybank sahaja. Tapi, bila saya kata yang saya ada bank lain beliau tidak menerimanya dan menyuruh saya mencari ahli keluarga lain yang ada nombor kad Maybank serta ATM card. Dan, sekiranya ada, boleh talifon dia balik dan duit RM17K dapat saya miliki.
Apa pandangan anda dalam hal ini? Perlukah saya beri nombor kad Maybank saya? Apa tindakan saya atau anda jika terjadi perkara ini pada diri anda sendiri.

copyright@irsukhai2010