Tahukah kereta apa yang menjadi idaman saya, teruna, dara, jejaka, tua dan berusia masa kini? Ya betul. Satria Neo iaitu rekabentuk dari LOTUS UK. Secara keseluruhannya, Satria Neo sebagai sebuah kereta yang sporty dan bergaya. Jika anda mementingkan saiz yang besar, lupakan sahaja Satria Neo ini dan ambillah Proton Exora. Neo dicipta bukan untuk yang berkeluarga tapi untuk orang muda berjiwa sukan atau sporty. Walaupun anda telah berusia tapi jika memiliki Neo ini wajah anda akan sentiasa dipandang muda.
Enjin Neo pada NEO CPS dianggap sebagai versi tertinggi digunakan pada kereta Proton. Dengan sejumlah 125 kuasa kuda enjin itu agak responsif untuk sebuah kereta yang dicipta untuk tujuan itu.
Sebaik RPM mencecah 5000 ke 6000 rpm, injap lobe ketiganya menjerit kuat dan menghasilkan momentum anjakan yang setanding dengan enjin VTEC lain. Bunyi CPS yang lunak didengar dan jika cukup rakus, pecut sahaja kereta itu dengan gear-gear rendah pada takat RPM maksimum. Sistem nisbah gearnya secocok dengan penghasilan kuasa yang dihasilkan. Maka kuasa bukanlah masalah pada NEO CPS.
Neo didatangkan dengan pakej yang lengkap di mana chasisnya cukup untuk menampung sejumlah kuasa yang ditingkatkan. Stereng mengikut arahan dengan pantas ke mana sahaja yang anda mahukan sama ada dipulas cepat secara paksa atau meluncur selekoh panjang pada kelajuan cahaya.
Neo CPS pada harga RM57,000 atau Neo Campro di bawah RM55,000, anda pasti tidak akan menyesal malah berasa teruja jika saya kata NEO LOTUS berharga melebihi RM115,000 tapi masih menjadi kegilaan ramai. Oleh itu dapatkan keluarga Neo sekarang dengan hubungi Sales Advisor Proton atau nombor telefon 012-3923929 atau 012-2515093 untuk pertanyaan lanjut. Cepat, sebelum terlambat.... (Percuma voucher discount tinted dan t/shirt LOTUS kepada yang cepat sebagai hadiah mengunjungi blog ini & tiada pada sales advisor lain). Terima kasih...
(Nota: Gambar kereta ini hanyalah model yang diubahsuai sedikit sahaja dari model asal dan lihatlah impaknya. Untuk model jualan, sila kunjungi showroom Proton Edar atau telefon 012-3923929 atau email kepada nizwien@gmail.com untuk gambar2 yang jelas dan tepat)
copyright © irsukhai2010
No comments:
Post a Comment