Hak Cipta Terpelihara © 2017 Ir Sukhairul Nizam





No part of this blog should be used for commercial purpose. Any party may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited to irsukhairulnizam.blogspot.com thanks, layari laman irsukhairul.com untuk latihan dan pembangunan diri















Wednesday, May 19, 2010

Hakim dengan NEO CPS baru - Hebat membeli hebat memakai























































Salam
Tahniah Hakim kerana membeli NEO CPS yang hanya RM61,000 berbanding dengan Lotus Ellise (RM260,000) yang kedua-duanya ciptaan atau rekaan dari LOTUS Design. Anda bila lagi nak beli NEO CPS ini? Tak jealouske lihat Hakim memandu hebat NEO CPS? Cepat, hubungi Sales Advisor di talian 012-3923929.....Hadiah menarik menanti anda....Terima kasih...
copyright © irsukhai2010

Proton Satria NEO - Idaman/Pilihan teruna dan dara masa kini





































































































Salam.
Tahukah kereta apa yang menjadi idaman saya, teruna, dara, jejaka, tua dan berusia masa kini? Ya betul. Satria Neo iaitu rekabentuk dari LOTUS UK. Secara keseluruhannya, Satria Neo sebagai sebuah kereta yang sporty dan bergaya. Jika anda mementingkan saiz yang besar, lupakan sahaja Satria Neo ini dan ambillah Proton Exora. Neo dicipta bukan untuk yang berkeluarga tapi untuk orang muda berjiwa sukan atau sporty. Walaupun anda telah berusia tapi jika memiliki Neo ini wajah anda akan sentiasa dipandang muda.
Enjin Neo pada NEO CPS dianggap sebagai versi tertinggi digunakan pada kereta Proton. Dengan sejumlah 125 kuasa kuda enjin itu agak responsif untuk sebuah kereta yang dicipta untuk tujuan itu.
Sebaik RPM mencecah 5000 ke 6000 rpm, injap lobe ketiganya menjerit kuat dan menghasilkan momentum anjakan yang setanding dengan enjin VTEC lain. Bunyi CPS yang lunak didengar dan jika cukup rakus, pecut sahaja kereta itu dengan gear-gear rendah pada takat RPM maksimum. Sistem nisbah gearnya secocok dengan penghasilan kuasa yang dihasilkan. Maka kuasa bukanlah masalah pada NEO CPS.
Neo didatangkan dengan pakej yang lengkap di mana chasisnya cukup untuk menampung sejumlah kuasa yang ditingkatkan. Stereng mengikut arahan dengan pantas ke mana sahaja yang anda mahukan sama ada dipulas cepat secara paksa atau meluncur selekoh panjang pada kelajuan cahaya.
Neo CPS pada harga RM57,000 atau Neo Campro di bawah RM55,000, anda pasti tidak akan menyesal malah berasa teruja jika saya kata NEO LOTUS berharga melebihi RM115,000 tapi masih menjadi kegilaan ramai. Oleh itu dapatkan keluarga Neo sekarang dengan hubungi Sales Advisor Proton atau nombor telefon 012-3923929 atau 012-2515093 untuk pertanyaan lanjut. Cepat, sebelum terlambat.... (Percuma voucher discount tinted dan t/shirt LOTUS kepada yang cepat sebagai hadiah mengunjungi blog ini & tiada pada sales advisor lain). Terima kasih...
(Nota: Gambar kereta ini hanyalah model yang diubahsuai sedikit sahaja dari model asal dan lihatlah impaknya. Untuk model jualan, sila kunjungi showroom Proton Edar atau telefon 012-3923929 atau email kepada nizwien@gmail.com untuk gambar2 yang jelas dan tepat)
copyright © irsukhai2010

Saturday, May 1, 2010

Aktiviti riadah (swimming) pada bulan April 2010

Salam.
Riadah adalah salah satu cara untuk kita menjaga tahap kesihatan tubuh badan kita. Saya akan memastikan keluarga saya juga beriadah agar badan sentiasa sihat dan cergas. Salah satu aktiviti riadah kami adalah dengan berenang. Tambahan pula, keselamatan di dalam air juga perlu di mana sekiranya kita tidak pandai berenang, maka nyawa kita atau keluarga kita dalam keadaan bahaya. Saksikan video di bawah agar ianya sedikit sebanyak memberi dorongan atau panduan untuk kita semua. Terima kasih.

http://www.youtube.com/watch?v=ugke7VJsb3g (Video 1 - Azwien berenang)
http://www.youtube.com/watch?v=dSGsVM70ZBs (Video 2 - Danish nak lemas)
http://www.youtube.com/watch?v=hce0pFEwFhI (Video 3 - Azwien, Danial dan Danish)
http://www.youtube.com/watch?v=irfEb7uXJwI (Video 4 - terapung)
http://www.youtube.com/watch?v=h1m925KEjYQ (Video 5 - macam-macam cara)

copyright © irsukhai2010

Menyelamatkan dua ekor anak kucing yang terperangkap di dalam "engine bay"





















































































Ada empat video disertakan ini untuk tatapan semua....

http://www.youtube.com/watch?v=-8laN7_r2yg tekan alamat ini untuk video satu
http://www.youtube.com/watch?v=eVcmZLkKd7M tekan alamat ini untuk video dua
http://www.youtube.com/watch?v=CAPUYzgjH2Y tekan alamat ini untuk video tiga
http://www.youtube.com/watch?v=aulTW5wko_A tekan alamat ini untuk video akhir
Salam.
Pagi tadi ketika saya ingin membeli sarapan pagi buat anak-anak saya, saya memandu Persona saya. Setelah 3km bertolak, saya terdengar bunyi anak kucing di luar kereta tapi bunyinya tetap ada walaupun saya memandu laju. Lalu saya memberhentikan kereta dan mencari di mana bunyinya. Saya teringat dahulu yang saya pernah membaca akhbar yang menyatakan ada ular di dalam bonet hadapan kereta dan mungkin kucing itu berada di bahagian hood hadapan. Bila saya membuka hood itu, saya terkejut kerana mendapati dua ekor anak kucing yang comel yang sedang ketakutan. Kesihan. Dengan kuasa ALLAH, hari ini saya dapat menyelamatkan nyawa 2 ekor anak kucing yang comel. Semoga kuching tersebut dilindungi ALLAH. Saksikan video di atas. Terima kasih.

copyright © irsukhai2010